Yang baik datang dari Allah,Yang buruk datang dari saya sendiri.
Aku menunggumu cinta,
Untuk menjelma dalam rupa manusia,
Yang mampu kusentuh peluk,
Dan bemesra.
Tiadalah aku menanti kosong,
Tetapi dengan usaha,
Bukanlah aku melangkau batas terlarang,
Tetapi bergerak menghampiri Nya.
Kalau benar cinta,
Pasti mahu ke syurga,
Maka apa-apa yang membawa ke neraka,
Aku berusaha menjauhinya.
Aku menunggumu cinta,
Menjelma sebagai manusia,
Dan aku menantimu dengan usaha,
Dalam perjalanan kepada Nya.

No comments:
Post a Comment