Sunday, February 10, 2013

Cinta Saya

Cinta Saya..


Cinta saya,
Sederhana.
Tidak pergi ke tahap malaikat,
Tidak pergi ke paras syaitan durjana.

Saya,manusia.
Cinta saya,sesuai dengan keadaannya.
Yang haram saya cakap haram,
tetapi mana yang boleh,saya tunjukkan jalannya.

Saya percaya,
Agama ini diturunkan kepada pundak manusia.
Bukan pada malaikat yang saban waktu sujud kepada Nya.
Kerana itu utusan-utusan Nya adalah manusia,
dan bukan para malaikat di langit sana.

Cinta saya,
Sederhana.
Tidak terlalu jumud sampai kelihatan eksklusif,
Hingga sukar diikuti,
tidak terlalu bebas sampai kelihatan murah.
Hingga boleh dipermainkaan jahiliah.

Sederhana itu mahal,
Maka cinta saya mahal,
Dan manusia boleh ambil untuk cuba amal,
Dalam keadaan menjadi hamba Nya dalam kekal

No comments:

Post a Comment